Nama sukarelawan popular iaitu Azwan Omar atau lebih mesra dipanggil Abang Viva kembali menjadi bualan netizen selepas isterinya, Eva Noza mendakwa sukarelawan itu bertukar hantaran mesej dengan wanita lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Tangga Abang Viva Didakwa Musnah? Isteri Tampil Bersuara -‘Sila Turunkan Sebelum ..’
Abang Viva mesej wanita lain?
Menerusi perkongsian di TikTok, Evanoza atau nama lengkapnya Eva Noza Zakaria memuat naik beberapa tangkap layar hantaran mesej dipercayai merupakan antara Abang Viva bersama seorang wanita.
Lebih mengejutkan apabila Eva Noza mendakwa wanita tersebut juga memegang status sebagai isteri orang.
Saat orang lain suruh fikir terima kau balik dan aku guna hati yang ada secebis sayang untuk bina balik kasih saya kita, ini yang aku dapat?
Berani kau sebut nama Allah saat kau cerita tentang aku?
Jadi masa aku tidurlah korang berdua chat? Seorang isteri orang dan seorang lagi suami orang, sakit lah.
Abang Viva dah tak tahan hidup bersama?
Menerusi hantaran lain, Eva Noza juga mendakwa suaminya itu memaklumkan sudah tidak sanggup untuk bertahan dengannya.
Bukan itu sahaja, Abang Viva juga didakwa banyak bercerita mengenai keburukan Eva Noza dalam perihal rumah tangga kepada wanita berkenaan.
Setiap kali aku baca, aku menangis sebab dalam baik kau peluk cium aku.
Tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak ‘stay’ dengan aku.
Aku dah cakap, pintu sentiasa terbuka. Kau datang tak diundang dan (kalau) kau pergi pun aku tak halang.
Perkongsian Eva Noza itu kemudiannya tular dan menyorot perhatian ramai di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih jika benar Abang Viva menceritakan perihal buruk mengenai isterinya terhadap wanita lain.
Sebelum ini, rumah tangga Abang Viva dan isterinya didakwa bermasalah selepas sukarelawan itu memuat naik status di TikTok menitipkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya.
Walau bagaimanapun, Eva Noza ampil menafikan dakwaan dan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober 2022.
Sumber: TikTok Evanoza