berita

Isteri Main Kayu Tiga & Lari Rumah, Suami Nekad Bunuh Teman Lelaki Guna Batu

June 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara isteri bermain kayu tiga, seorang suami di Jayapura Selatan dalam wilayah Papua, Indonesia bertindak membunuh teman lelaki isterinya menggunakan batu.

Gara-gara cemburu

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan media tempatan, suspek, Theodorus B @ Theo, 33, tampil menyerah diri kepada pihak polis selepas mayat mangsa, Luki Laratmase, 32, dijumpai pada Ahad yang lalu. Ujar Ketua Polis Jayapura Kota, Victor Dean Mackbon, kejadian malang itu berlaku ketika suspek cuba mencari isterinya yang dipercayai melarikan diri dari rumah mereka.

Mengulas lebih lanjut, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa bagi mencari isterinya, namun pencarian tersebut sama sekali tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun, ketika kedua-dua mereka mencari wanita berkenaan, suspek bertindak membunuh mangsa menggunakan batu.

Mangsa telah beberapa kali keluar bersama isteri suspek. Disebabkan berasa sakit hati, suspek bertindak membunuh mangsa.

Kini, pihak polis masih menyiasat sama ada pembunuhan tersebut sudah dirancang atau pun tidak dan jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: Suara

SKIP THIS AD ×