

Perkongsian seorang peniaga di sebuah bazar Ramadan yang terletak di Kedah telah menyorot perhatian netizen di TikTok.
Artikel Berkaitan: Mak Siapkan Lauk Juadah Seakan Tahu Nak ‘Pergi’, Anak-Anak Menangis Makan Masakan Terakhir
Pelanggan menangis makan nasi dagang

Menerusi perkongsian yang dibuat, peniaga yang dikenali sebagai @Nanajiha memaklumkan bahawa dia yang menjual makanan pantai timur didatangi seorang pelanggan wanita pada hari pertama berpuasa.
Hari pertama berniaga di bazar Ramadan dah buat pelanggan menangis.
Ada pelanggan datang beli nasi dagang, dia cakap dah lama tak makan nasi dagang.
Aku tanya orang mana, dia jawab orang Kuantan. Terjumpa pula orang kampung.
Selepas habis berniaga, Nanajiha mula mengemas gerai jualannya bersama suami dan sedang asyik mengemas, mereka didatangi suami kepada pelanggan wanita itu.
Nanajiha yang pada awalnya menyangka makanan dijual telah basi kemudiannya lega mendengar perkongsian lelaki itu.
Dia tanya gulai ikan yang dijual ada lagi tak? Dia nak bungkus.
Kemudian dia tanya, ‘Akak ingat tak isteri saya kata yang dia orang Kuantan tadi?’
Dia cakap yang waktu berbuka isteri dia makan nasi dagang sambil nangis-nangis sebab nasi dagang dan gulai ikan sama seperti yang arwah ibu isteri masak.
Sebak dah aku, al-Fatihah buat arwah ibunya.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih lebih 125,000 tontonan dan lebih 6,000 tanda suka.
Komen netizen



Sumber: TikTok







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)