berita

Isteri Menangis, Berbisik Di Telinga & Cium Kaki Arwah Suami Seolah Sedang ‘Minta Maaf’ Undang Sebak

February 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hati isteri mana yang tidak sedih apabila terpaksa menerima hakikat bahawa insan yang sentiasa ada untuk berkongsi suka dan duka telah pergi dijemput Ilahi.

Seperti perkongsian Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia ada menceritakan kasih seorang isteri terhadap arwah suaminya ketika pihak mereka menguruskan jenazah berkenaan.

Isteri menangis, cium kaki arwah

Foto: Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia

Berdasarkan perkongsian Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ),  mereka memaklumkan wanita terbabit kelihatan sangat sedih sehingga tidak dapat menahan air mata. Dia kemudian mencium sambil berbisik ke telinga arwah berkali-kali seperti sedang meminta maaf terhadap suaminya buat kali terakhir.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ini dikatakan berasal dari Kampung Gelam Semporna, Sabah.

Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwah suaminya. Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik kepada arwah. Selepas mencium wajah arwah suaminya si isteri beralih kearah bahagian kaki. Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwah suaminya. Rupanya si isteri mencium kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis.

‘Si isteri minta maaf dari arwah suami’

Foto: Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia

Bercerita lanjut mengenai kisah itu, pihak SPJ mengakui sepanjang menguruskan jenazah, ini pertama kali mereka melihat situasi seperti ini. Melihat keadaan itu, mereka percaya kasih sayang wanita berkenaan terhadap arwah suaminya sangat mendalam dan setia hingga ke hujung nyawa.

Ketika itu saya yakin si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari arwah suaminya. Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah. Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku. Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian. Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya.

SPJ tanggung kos pengurusan jenazah

Foto: Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia

Difahamkan, salah seorang pekerja forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah memaklumkan kepada SPJ mengenai kematian tersebut selain menjelaskan keadaan seorang wanita yang dikatakan tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah suaminya. Susulan daripada itu, SPJ telah menghulurkan bantuan dalam pengurusan jenazah tersebut.

Jenazah telah kami kebumikan ditanah perkuburan islam Seksyen 21 Shah Alam. Segala pengurusan untuk Allahyarham Zulbasir Bin Sulaiman kami gunakan dari tabung pengurusan jenazah yang diinfaq oleh orang ramai.

Sementara itu, SPJ meluahkan rasa berterima kasih kepada semua individu yang memberi sumbangan sehingga mereka mampu beroperasi sehingga kini selain dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia

SKIP THIS AD ×