berita

Isteri Menangis ‘Tangkap’ Suami Curang, Berdua-Duaan Dengan Skandal Dalam Bilik Tidur Rumah Mentua

July 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapati suami tercinta tergamak berlaku curang dengan wanita lain di belakangnya. Lebih meruntun hati apabila si isteri ‘menangkap’ si suami berdua-duaan dengan wanita simpanannya itu di bilik tidur di rumah ibu mentuanya sendiri.

Tangkap suami dengan skandal dalam bilik

Menerusi video yang viral di Instagram memaparkan suasana tegang selepas si isteri ‘menangkap’ suaminya dan wanita lain berdua-duaan di dalam bilik tidur di rumah ibu mentuanya. Dalam keadaan genting itu, si isteri sempat meminta penjelasan daripada si suami yang tergamak berlaku curang selain menyoal gadis terbabit yang menjadi perosak rumah tangganya. Menerusi video terbabit, si isteri mengaku tidak marah tetapi dia tertanya-tanya mengapa gadis berkenaan sanggup curang dengan lelaki yang sudah beristeri.

Kamu tahu dia sudah beristeri? Sebelum ini hanya melihat (kejadian curang) di TikTok atau Facebook, namun kini terjadi pada diri sendiri.

Sementara ibu mentuanya dilihat hanya menonton televisyen tanpa menghiraukan suasana tegang yang berlaku antara anak dan menantunya itu. Difahamkan, ibu mentua wanita ini dikatakan bersikap acuh tak acuh dan membiarkan anak lelakinya itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain di rumahnya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui bilik tidur tersebut merupakan bilik yang digunakan si isteri dan suaminya ketika mereka berkunjung ke rumah ibu mentuanya. Menurut sumber, si isteri kemudian menangis di hadapan wanita perampas itu dan mendoakan supaya mereka bahagia.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya geram dengan tindakan lelaki berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak berpuas hati dengan sikap ibu mentua wanita ini yang langsung tidak menegur anak lelakinya meskipun dia tahu anaknya itu berada di pihak yang salah.

Sumber: Berita Hits

SKIP THIS AD ×