berita

Isteri Naik Angin Jumpa Banyak ‘Kondom’ Dalam Poket Seluar Suami, Rupa-Rupanya…

June 26th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, finger cot adalah satu alat (getah) yang melekat pada hujung jari dan berfungsi untuk melindungi dari kekotoran, mengelakkan kuku daripada rosak dan sebagainya. Tetapi rupa dan bentuknya yang seperti kondom kadangkala telah menimbulkan ‘kekeliruan’.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Nasiruddin berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang wanita yang tanpa sengaja telah tersalah sangka terhadap si suami gara-gara ‘finger cot’.

Bersangka baik pada suami

Bersangka baiklah dengan suami. Kisah petang semalam. Ada pelanggan wanita datang ke Greenlife Pharmacy. Dia rasa bersalah kerana memarahi suaminya. Uncle tak pasti siapa suaminya. Tapi dia ada datang ke Greenlife Pharmacy dua hari lepas. Setelah membeli ubat-ubatan dan vitamin untuk anaknya, staff uncle pun bagi la “Finger Cot” pada dia sebagai free gift.

Tujuan penggunaan “Finger Cot” ni adalah untuk menjauhi jari dari terjangkiti oleh kotoran, bakteria dan virus atau yang pandemik sekarang ni iaitu COVID-19. Selalunya orang akan membeli glove getah biasa tu. Tapi ini lebih jimat kerana hanya 1 jari sahaja yang memakainya. Tak perlu kesemua jari.

Tempat-tempat yang harus di pakai “Finger Cot” ini ialah ketika di Mesin ATM, Butang lif atau mana-mana kemudahan awam yang memerlukan anda untuk menekan butang atau kaca sesentuh.

Getah berupa kondom

Ok, kisah suami beliau pula lain jadinya. Setelah staff kami memberikan “Finger Cot” ini, dia memasukkan ke dalam poket. Tanpa berfikir panjang terus pulang ke rumah untuk menunaikan hasrat isteri dan anak di rumah..

Setelah ubat segalanya di beri pada isteri, beliau pun bersegeralah mandi. Sekarangkan kena mandi bila keluar dari rumah untuk memutuskan rangkaian COVID ni, so semua seluar baju di letak dalam bakul. Lupa untuk di buang “Finger Cot” tadi.

Rupa-rupanya, si isteri telah membawa pakaian suami semalam untuk di basuh pagi tadi. Luluh hati seorang isteri bila melihat getah yang berupa seperti “Kondom” ini dalam poket suami. Setelah meminta penjelasan dari suami, dia masih tak berpuas hati. Pertengkaran agak serious sampailah dia ke sini tadi.

Aduh, ada logiknya juga kes pertengkaran ini. Pengaruh pula dengan drama sinetron, Filipina dan melayu. Melengkapkan lagi curiga terhadap suami tercinta. Akhirnya setelah diterangkan dengan baik, barulah si isteri faham. Tergelak lah dia kerana berprasangka dengan suami semalam.

Sumber: Mohd Nasiruddin

SKIP THIS AD ×