
Individu yang merupakan seorang isteri mengadu masalah yang dialami selama 13 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami.
Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Semata Tentang Harta’ – Anzalna Nasir Respon Netizen ‘Impress’ Dapat Suami Kaya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Terlantar Selepas Bersalin Anak Sulung, Suami Penjual Burger Tepi Jalan
Air liur basi suami

Menerusi luahan yang dimuat naik di Threads, individu tersebut mempersoalkan hukum bagi tindakannya yang enggan tidur bersebelahan suami.
Katanya, suami memiliki tabiat tidur yang mengeluarkan air liur basi sekali gus memberi bau yang kurang senang apabila didekati.
Berdosa ke aku tak nak tidur sebelah suami sebab dia jenis tidur keluar air liur basi.
Aku tak suka bau dia, busuk.
13 tahun dah kahwin, selama ini aku guna alasan anak masih kecil tapi sekarang mereka semua dah besar.
Suami suruh tidur sebelah. Kalau ya pun, aku akan tidur membelakangkan dia.
Kadang teringin nak peluk suami waktu tidur macam orang lain tapi bau bantal dia pun aku nak muntah.
Dah puas tegur perkara ini tapi dia buat tak kisah saja.
Cadangan daripada netizen




Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan solusi kepada wanita terbabit dengan menyarankan suaminya berjumpa doktor gigi.
Warganet juga mencadangkan penggunaan ‘mouth tape’ serta menukar sarung bantal setiap hari.
Sumber: Threads @aazcc783








