berita

Isteri Nazrief Nazri Dedah Puteri Sarah Lambat Saman ‘Penyondol’ Sebab Kasihan – ‘Bapa Dia Ada Sakit’

July 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma mendedahkan bahawa dia pernah memberi cadangan kepada Puteri Sarah untuk menyaman pihak ketiga yang menggangu rumah tangga pasangan tersebut. Namun begitu, jawapan yang diberikan oleh Sarah pada masa itu ternyata menyentuh hati perasaannya sebagai seorang wanita.

Dia bukan meroyan

Menurut Aqma, dia terlintas untuk memberi pandangan mengenai isu rumah tangga Puteri Sarah selepas melihat video ‘kedai emas’ Syamsul Yusof dan Kazar baru-baru ini. Berikutan daripada itu, Aqma mahu netizen tahu bahawa Sarah seorang wanita yang kuat dan mahu mempertahankan hak dirinya sendiri. Tambah Aqma, Sarah tidak meroyan setelah apa yang berlaku terhadap dirinya.

Sarah yang i kenal orangnya baik. Tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksa dia buat macam-macam , end up dia pilih untuk jaga hati orang dulu. Orang ambil laki dia buat fake akaun banyak-banyak torture mental dia hari-hari. 4 tahun tapi dia masih fikir bapa perempuan tu. Dia jaga aib suami dia.

Ujar Aqma lagi, dia pernah bertanya kepada Sarah kenapa tidak menyaman ‘perempuan’ itu memandangkan keadaan semakin ‘menjadi-jadi’. Ternyata jawapan yang diberikan Sarah sangat mengejutkan dirinya pula. Jelas Aqma, Sarah tidak mahu ambil tindakan kerana masih berfikir siapa yang mahu membayar saman berkenaan sekiranya tindakan diambil. Kata Sarah, ‘perempuan’ itu tidak bekerja dan bapanya mempunyai penyakit. Jadi siapa yang mahu menanggung keluarga mereka selepas ini.

Jaga diri, aku yakin kau dah bahagia

Di akhir posting, Aqma berharap Sarah kuat dan bahagia selepas ini. Tambah Aqma, seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik buat Sarah selepas kes rumah tangganya menjadi viral. Aqma turut mendedahkan dan mendakwa dia pernah dikecam oleh ‘perempuan’ yang sama. Namun, ‘perempuan’ tersebut dipercayai berselindung di sebalik fake akaun.

Sumber: Angella Joliey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×