
Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma mengambil masa tiga tahun untuk kembalikan bentuk badan asalnya setelah melahirkan anak sulung, Noah.
Artikel Berkaitan: Enot Nafi Buat Pembedahan Bariatrik – ‘Itu Namanya Tempah Maut, Saya Bekas Pesakit Kanser Perut Tak Boleh Usik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Malu Nak Mengaku? Lebih Bagus Buat Bariatrik Daripada Makan Ubat Kurus’ – Anim Ezati
Tak guna jalan mudah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aizatul dilihat berkongsi foto setelah melahirkan anak sulungnya.
Difahamkan, isteri kepada pelakon berusia 33 tahun itu tidak menggunakan jalan pintas untuk memiliki benda badan idaman.
Berhenti mengejar jalan pintas untuk hasil seumur hidup.
Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa dan saya bangga dengan setiap langkah.
Saya hilang 35 kilogram (kg) dalam dua tahun setengah.
Mengambil hampir tiga tahun untuk tegangkan kulit yang kendur dan mommy pouch.
Macam model




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aizatul yang seakan model setelah berjaya mengurangkan berat badannya. Selain itu, golongan ibu dilihat meminta petua untuk konsisten mendapatkan bentuk badan asal.
Sumber: TikTok @Angellajolieyonig








