berita

Isteri Sarat Hamil 37 Minggu Ditikam Suami Hingga Cedera

November 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tanggungjawab seorang suami adalah untuk menjadi ketua buat keluarganya dengan menjalankan amanah seperti yang telah dijanjikan. Suami sepatutnya menyayangi isteri dan bukannya bertindak keji dengan melakukan perkara di luar batasan sehingga membahayakan nyawa pasangannya.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, seorang suami didapati sanggup bertindak kejam terhadap isterinya yang sedang sarat mengandung dengan menikamnya hingga cedera.

Hamil 37 minggu

Menurut laporan portal tersebut, wanita yang juga merupakan seorang guru itu sedang hamil 37 minggu dan telah ditikam oleh suaminya sendiri sehingga mengalami banyak kecederaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.50 pagi semalam di rumahnya di Presint 9, Putrajaya.

Apa yang menyedihkan, selepas berlaku insiden itu wanita tersebut terpaksa memandu kenderaannya sendiri dari rumah dalam keadaan cedera ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

Berjaya lahirkan bayi

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, akibat daripada pergelutan itu mangsa telah mengalami pendarahan luka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.

Selain itu katanya, mangsa turut mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan keadaan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun berjaya melahirkan bayi menerusi kaedah pembedahan.

Mangsa berjaya melahirkan bayi lelakinya menerusi pembedahan. Keadaan mangsa dan anaknya stabil.

Suami direman

Sementara itu Rosly berkata, susulan daripada kejadian itu suami mangsa yang merupakan seorang jurutera telah ditahan di kediamannya semalam.

Polis turut merampas barang kes iaitu pisau yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa. Siasatan awal turut mendapati suspek tiada rekod jenayah.

Katanya, suspek direman sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×