berita

Isteri Sedang Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Umum Bakal Timang Bayi Kembar Lagi

June 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menimang sepasang lagi anak kembar. Berita gembira tersebut dikongsi oleh beliau sendiri di akaun Instagram. Tambahnya, isterinya iaitu Datin Dr Halina kini hamil 13 minggu. Tahniah!

Syukur teramat

Picture, expecting twins again. Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins. I’m just thrilled, speechless and over the moon. It’s like Dejavu all over again. We have always wanted a big family. But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double Nauseous, Double Vomiting, Double Bloating, Double Craving, Double Bleeding which she did.

It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect. The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal. Salam everyone. Love As Always. Just sharing the good news. Do be strong my love. Just hang in there and leave the workload of the kids to me.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia merupakan individu yang paling gembira selepas mendapat tahu isterinya hamil anak kembar. Ujarnya lagi, berita tersebut seolah dejavu buat mereka sekeluarga kerana mereka sangat mengimpikan keluarga yang besar. Meskipun gembira, perasaan risau turut dirasai oleh beliau kerana isteri tercinta pernah berhadapan dengan risiko yang tinggi semasa mengandung anak kembar mereka sebelum ini.

Rasa mual, muntah, kembung, pendarahan dan keinginan berganda bakal dirasai Dr Halina jika berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini ujar Dr Sheikh Muszaphar. Sebagai suami, beliau turut meluahkan perasaan sukar untuk melihat isterinya masih bekerja sebagai frontliner dan merawat pesakit Covid-19.

Nak kembar juga

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira mengenai berita tersebut dan meminta tips tentang bagaimana hendak memiliki zuriat kembar. Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×