berita

Isteri Selamat Bersalin, Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Keempat. Tahniah!

April 13th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Ramadan tahun ini menjadi kenangan paling manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri iaitu Datin Seri Natasha Rosa yang baru saja melahirkan cahaya mata sulung mereka. Berita gembira tersebut dikongsi melalui laman Intagram Eizlan Yusof sendiri.

Artikel berkaitan: [FOTO] Penuh Istiadat, Sekitar Majlis Persandingan Eizlan Yusof  & Isteri

Lebih menarik lagi, baju berwarna merah jambu yang di pakai Eizlan itu sudah menjadi baju ‘tradisi’ setiap kali menyambut kelahiran anak-anaknya.

Bayi dalam keadaan baik

Pelakon berusia 50 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yang baharu. Ini merupakan anaknya yang keempat hasil dari perkahwinan bersama Datin Seri Natasha Rosa. Difahamkan, Eizlan Yusof sebelum ini telah mempunyai tiga orang anak iaitu Via Zaara, Zareef Yusof dan Via Zaalia hasil dari perkahwinannya yang lalu.

Nama keempat ini bagaimanapun masih belum dimaklumkan jantina dan namanya kepada umum. Dalam pada itu, Eizlan Yusof turut memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga orang anaknya sebelum ini.

Alhamdulillah yayang Sashaboudville dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih di atas doa dan ingatan yang baik buat jami sekeluarga. Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya Via Zaara, Zareef Yusof dan Via Zaalia disambut bersama dengannya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019 yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.

Sumber: Eizlan Yusof

SKIP THIS AD ×