berita

Isteri Taja (Meet Uncle Hussain) Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

April 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Taja MUH

Tahniah! diucapkan buat gitaris kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Taja atas kelahiran puteri sulungnya sekitar jam 8 pagi tadi.

Berita gembira ini telah disahkan oleh Taja sendiri menerusi laman Twitternya beberapa jam yang lalu dengan status berbunyi :

Syukur alhamdulullah isteri selamat melahirkan baby girl 8am tadi…kesian tengok dia tahan sakit 1 mlm..so tido puas2 ya.

Dalam pada itu, isteri Taja yang dikenali sebagai Kimmy, turut kongsikan berita tersebut di laman Facebooknya beberapa jam yang lalu.

Alhamdulillah, baby sihat… ;). Encik suami @taja Mustapha I love u !!! Eehhehehehe muah.. Baby keluar 8am sharp. Heheeh love both of u!

Untuk makluman, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Oktober 2011 dan pada penghujung tahun 2011, Kimmy pernah hamil, namun kandungannya gugur pada Februari 2012 kerana masalah kesihatan.

Jom lihat foto puteri comel Taja dan Kimmy selepas ini :

Kredit Foto : Media Hiburan

SKIP THIS AD ×