berita

Isteri Tak Undi Parti Yang Sama Masa Pilihan Raya, Suami Pukul, Halau & Ugut Mahu Ceraikan Isteri

March 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki tergamak memukul, menghalau serta mengugut mahu menceraikan si isteri selepas wanita itu tidak mengundi parti politik pilihannya.

Pukul, halau isteri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan India.com, kejadian tersebut berpunca selepas si isteri yang berusia 21 tahun memberitahu salah seorang saudaranya bahawa dia gembira kerana parti politik yang dipilihnya memenangi dalam pilihan raya. Wanita itu memaklumkan parti yang diundinya telah membawa undang-undang yang kukuh untuk memperbaiki keadaan wanita Islam di India.

Tetapi lain pula yang jadinya selepas si suami mengetahui perkara tersebut. Dia kemudian bertindak agresif dengan memukul isterinya kerana wanita itu tidak mengundi parti politik pilihannya. Bukan itu sahaja, si suami kemudian menghalau isterinya keluar dari rumah selain mengugut mahu menceraikan wanita itu.

Susulan daripada itu, wanita tersebut meminta bantuan daripada NGO yang kemudiannya membangkitkan isu terbabit di media sosial sebelum melaporkan kepada pihak polis. Sementara Suruhanjaya Kebangsaan Wanita (NCW) meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. Namun setakat ini, polis masih belum menerima apa-apa laporan atau aduan rasmi daripada wanita itu berhubung isu tersebut.

Sumber: India.com

SKIP THIS AD ×