berita

Isteri Tuntut Fasakh Konon Minta Suami Pilih Ibu Atau Dirinya.. Rupanya Ada Kekasih Gelap

November 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan luahan seorang suami apabila si isteri menyuruhnya untuk memilih antara isteri atau ibu sendiri, namun rupa-rupanya si isteri pula yang curang.

Isteri gaduh dengan mak mentua

Sekadar gambar hiasan

Kisah bermula apabila pasangan berkenaan berkahwin atas dasar suka sama suka namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun sahaja dan tidak dikurniakan cahaya mata. Si suami tidak bekerja kerana dibuang kerja atas faktor mengambil bahan terlarang dan isterinya pula bekerja di sebuah kilang di Malaysia.

Jadi suami tersebut terpaksa membawa isteri tinggal bersama ibunya sebab tidak mampu lagi membayar duit rumah sewa. Isteri terpaksa akur dan tinggal dengan mentua.

Sebaik sahaja pindah di rumah ibunya, si suami mendapat pekerjaan yang baru di Kuala Lumpur dan meninggalkan si isteri untuk duduk bersama ibunya di kampung.

Beberapa bulan kemudian, suami mendengar cerita dari adiknya bahawa ibu dan isterinya kerap bergaduh dan bertengkar sehingga isteri bertindak keluar rumah tanpa memberitahu ke mana isteri pergi.

Walau bagaimanapun apabila lelaki berkenaan pulang ke kampung, ibunya memberitahu bahawa wanita tersebut tidak pandai masak dan semua kerja di dalam rumah tersebut ibunya yang buat. Isterinya juga dikatakan sering pulang ke rumah pada waktu malam dan tidak pasti keluar dengan siapa.

Ibunya mula curiga dan apabila bertanya isteri mula melenting. Jadi ibu bergaduh dengan isteri.

Isteri tersebut gagal dihubungi. Suami pulang semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Duit dihantar ke kampun melalui akaun ibu.

Si isteri kemudiannya keluar dari rumah berkenaan dan memfailkan tuntutan fasakh. Suaminya terkejut dengan tindakan isterinya itu yang tergamak menyamannya.

Suami berjumpa dengan isteri sambil merayu meminta pulang ke rumah. Isteri enggan dan hendak meneruskan juga perceraian tersebut. Pada pagi kejadian kes, suami hadir dengan tenang. Isteri enggan bersemuka dengan suami.

Suami dapat mesej kata isteri ada teman lelaki

Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan lagi apabila sebelum si suami hadir ke mahkamah, dia menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali mengatakan bahawa isterinya mempunyai teman lelaki yang bekerja di kilang yang sama serta menerima gambar-gambar isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Lelaki berkenaan membuat kesimpulan bahawa si isteri telah curang dan sebelum menceraikan isterinya, si suami bertanya mengapa wanita itu ingin bercerai.

kau pilih aku atau ibu? Kalau pilih aku, aku batalkan perceraian ini. Kalau pilih ibu, aku akan teruskan fasakh ini.

Si suami mengatakan bahawa mustahil baginya untuk meninggalkan ibu kandung sendiri dan bertanya kenapa isterinya berubah sedemikian.

Ibu kau cakap aku perempuan jalang! Kau tanya ibu kau sendiri.

Ujar lelaki berkenaan, dia tidak bertanya kepada ibunya kerana takut si ibu berkecil hati dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk bercerai secara baik.

Aku janji dengan diri aku dan aku tak boleh kawal lagi sudah hubungan ibu aku dengan kau. Jadi aku akan menceraikan kau dengan cara baik.

Aku pilih ibu aku yang kandungkan aku dan melahirkan aku, dia satu-satunya ibu aku. Isteri boleh ditukar ganti, Ibuku dunia akhirat tiada tukar ganti.

Sumber : Peguam Syarie : Amalina Adam

SKIP THIS AD ×