berita

Istimewa Disember Ini, Alamanda Bawa 5 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

November 30th, 2018 | by Epul
Shout Out!

Pejam celik pejam celik kejap je dah bulan Disember. Bila dah sampai bulan Disember, maknanya apa? Maknanya dah tiba musim cuti sekolah, habiskan cuti tahunan, melancong, jualan akhir tahun dan macam-macam lagi!

Kalau korang duduk di Putrajaya dan kawasan sekitar tapi tiada perancangan untuk ke mana-mana sepanjang bulan Disember ini, jom ajak kawan-kawan dan keluarga ke Alamanda. Katanya, diorang ada sediakan 5 aktiviti fun yang sesuai untuk semua. Apa 5 aktiviti tu? Jom kita tengok…

1. Hayati keindahan dekorasi bertemakan filem The Nutcracker and the Four Realms, macam dalam dunia magik!

Siapa penggemar filem magik, korang patut datang Alamanda Shopping Centre bermula 1 Disember 2018 hingga 2 Januari 2019 dan hayati keindahan dekorasi berkonsepkan ‘Whimsical Christmas‘ yang menakjubkan.

Kat situ, ada banyak spot ambik gambar ala-ala macam dalam filem The Nutcracker and the Four Realms. Betul-betul nampak macam dalam dunia magik!

Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni… Siap ada tren comel lagi!

2. Tebus pelbagai hadiah menarik, termasuk baucar beli-belah, t-shirt dan macam-macam lagi

Sebab apa min suruh korang shopping kat Alamanda Shopping Centre, sebab lepas tu korang boleh tebus maaacam-macam hadiah misteri! Shopping minimum RM650 dalam 2 resit maksimum di mana-mana kedai terpilih, korang layak dapat baucar beli-belah atau cenderahati premium Alamanda Shopping Centre!

Tunggu apa lagi? Cepat borong apa yang ada dan rebut hadiah misteri dari vending machine yang ada kat sana! Macam mana nak tebus hadiah misteri korang tu? Tengok video bawah ni…

3. Tengok 5 persembahan yang mencuit hati, sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan seisi keluarga

 

Macam min cakap tadi, bawa keluarga dan kawan-kawan datang shopping kat Alamanda Shopping Centre sebab lepas penat shopping, korang boleh rileks tengok persembahan!


Bermula 8 Disember, ada 5 persembahan korang boleh tengok setiap hujung minggu antaranya Christmas Caroling, Santa & Santa Rina Meet & Greet, Santa & Santa Rina Walkabout, persembahan akustik dan tarian Christmas.

Tapi, setiap satu persembahan ni ada jadual masing-masing dan akan ditukar setiap minggu! Mana satu korang nak tengok? Rujuk jadual persembahan kat SINI

4. Bagi kanak-kanak enjoy aktiviti menyeronokkan, semuanya hands-on!

Kalau korang bawa kanak-kanak datang Alamanda Shopping Centre, ada aktiviti disediakan untuk diorang juga tau! Setiap satunya membina kreativiti dan kemahiran, sebab semuanya hands-on! Jadi, korang ada lebih masa bersama anak-anak atau adik-adik kat sana!

Bagi diorang enjoy aktiviti menarik seperti Sand Art Workshop, DIY Snow Globe Workshop dan Aktiviti Mewarna Krismas oleh Rotiboy, mesti suka! Semua aktiviti ni terhad untuk 30 ahli VIKIDS saja untuk setiap sesi. Apa ahli VIKIDS tu? Baca kat SINI

Untuk sertai aktiviti DIY Snow Globe Workshop, pastikan korang shopping minimum RM 50 dalam satu resit korang! Semua aktiviti ni ada jadual tersendiri, korang boleh check kat SINI dulu.

Akan ada juga aktiviti Christmas Caroling pada 14 Disember tau kalau korang nak join atau tengok!

5. Join aktiviti CSR ‘Speak Up’, kita menyumbang sambil membeli-belah

Alamanda Shopping Centre memang terkenal dengan inisiatif menyumbang sambil beramal mereka sejak dulu lagi. Jadi, tahun ni diorang nak teruskan semangat tu melalui program Speak Up, “There’s an Elephant in the Room” sebuah insiatif oleh Hospis Malaysia.

Melalui program ini korang boleh menyumbangkan RM 10 atau lebih bagi membantu Hospis Malaysia, menjalankan program penjagaan paliatif bagi pesakit yang tenat dan mempunyai jangka hayat yang tidak lama. Sebagai penghargaan, korang boleh berseronok dengan menconteng muka atau badan pada hujung minggu di Alamanda Shopping Centre!

Bila lagi kita nak menderma, waktu macam ni kita tunjukkan rasa kasih sayang sesama manusia. Sebab apa, setiap manusia mahu keselesaan untuk hidup. Lebih-lebih lagi buat pesakit dan keluarga yang mempunyai limit untuk meneruskan kehidupan. Layari laman web Speak Up,”There’s an Elephant in the Room” untuk lebih maklumat lanjut okay!

Tunggu apa lagi? Jom ajak keluarga dan kawan-kawan pergi Alamanda Shopping Centre!

Cepat! Semua hadiah dan aktiviti menarik yang ada kat Alamanda Shopping Centre ni tengah menunggu korang bermula Disember ini! Jangan lupa, Like FacebookFollow Instagram dan layari laman web Alamanda Shopping Centre untuk lebih update tentang promosi terkini yang sedang berlangsung okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×