Foto: Media sosial
Sebelum ini, tular sekeping foto di media sosial dikongsi seorang Pegawai Penjara memaparkan seorang banduan yang sedang mencuci keretanya. Foto tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya dan ada yang mendakwa tindakan tersebut seolah-olah memandang rendah terhadap banduan berkenaan.
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Guna Banduan Buat Apa Cuci Sendiri’ – Pegawai Penjara Kurang Ajar Dikecam Netizen
Penjelasan sebenar
Sekadar gambar hiasan
Terbaru, Jabatan Penjara Malaysia tampil memberikan enam penjelasan berhubung foto berkenaan bagi mengelakkan sebarang spekulasi dalam kalangan netizen. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan tersebut pada harga berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.
Pada masa yang sama, penghuni penjara yang viral sebelum ini telah dilatih dan diberi kemahiran menerusi program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).
Ketiga, setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan. Keempat, program BKLP membabitkan banduan yang sudah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.
Penjelasan kelima, kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan. Penjelasan keenam, masyarakat komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.
Beri sokongan kepada banduan
Sekadar gambar hiasan
Mengulas lebih lanjut, orang awam yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh banduan memberi maksud mereka menyokong program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan.
Maklumat institusi boleh didapati di laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia www.prison.gov.my
Sumber: Jabatan Penjara Malaysia