berita

Isu Buka Puasa Langgar SOP, Selebriti & Instafamous Dah Kena Panggil Polis

May 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular foto beberapa selebriti dan instafamous yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup muka ketika berada di majlis berbuka puasa di sebuah hotel.

Artikel berkaitan : Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat

Artikel berkaitan : Didakwa Tidak Menjaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Tampil Mohon Maaf

Pihak polis telah memanggil seorang penyanyi rap yang juga merupakan penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 berkenaan.

Tujuh individu telah dipanggil

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pada ketika ini seramai tujuh individu telah dipanggil yang terdiri daripada penganjur, wakil hotel dan juga selebriti.

Kita akan panggil lagi lima individu yang membabitkan selebriti, pasangan mereka dan adik seorang selebriti hari ini untuk membantu siasatan.

Turut dipanggil ialah penyanyi berkenaan bagi merekodkan keterangan mengenai dakwaan majlis yang telah dianjurkannya itu melanggar SOP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain daripadanya, selebriti wanita bersama suaminya juga turut dipanggil untuk merekodkan keterangan kerana mereka juga dilihat hadir pada majlis berbuka puasa tersebut pada 29 April lalu.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (NO 4) 2021.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×