berita

Isu Cinta Nelydia, Sharnaaz Ahmad Say Sorry Pada Qi Razali

April 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

NeQiSha

Jika anda masih ingat, hubungan cinta antara pelakon Nelydia Senrose dan Qi Razali pernah dikatakan bermasalah kononnya kerana kehadiran orang ketiga iaitu Sharnaaz Ahmad.

Keadaan menjadi semakin runcing apabila peminat menginginkan Nelydia dan Sharnaaz terus menjadi pasangan kekasih dan meminta Qi mengundur diri.

Terkini, melalui laman sosial Twitter milik Sharnaaz, pelakon itu telah memohon maaf kepada Qi di atas status yang telah ditulis oleh peminatnya yang menuduh Qi sebagai penghalang hubungannya dengan Nelydia.

event-M-STAR-1541-630x420

Nelydia akui masih bersama dengan Qi Razali

Walaupun Nelydia telah tampil menerangkan hubungannya dengan Qi masih seperti biasa, masih ada peminat yang tidak dapat menerima dan meminta pelakon jelita ini bersama dengan Sharnaaz.

Konflik ini berbangkit apabila Nelydia memuat naik sekeping foto ketika tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) di laman sosial Twitter miliknya.

Lalu, seorang peminat telah membalas status tersebut dengan menyatakan Nelydia nampak lebih padan dan bahagia disamping Sharnaaz.

Enggan berdiam dengan kenyataan peminat itu, Sharnaaz telah memuat naik satu status dan memohon maaf kepada Qi diatas kata-kata yang dilemparkan.

Tweet

Qi pun nampaknya tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut dan menerangkan dia baik-baik sahaja. Apapun, kami mendoakan yang terbaik buat mereka bertiga dan semoga Qi dan Nelydia lekas-lekas ke jinjang pelamin.

SKIP THIS AD ×