berita

Isu Cinta Suami Orang, Hanez Suraya Mahu Jumpa Nurliyana Selesai Cara Baik

March 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC hanez suraya-35

Satu Malaysia kecoh apabila pelakon Hanez Suraya tampil memperjelaskan hubungannya dengan R dan meminta isteri kekasihnya itu tampil untuk memohon maaf secara terbuka.

Susulan itu, Hanez telah ‘dihentam’ oleh peminatnya dan juga penyokong Liyana yang tidak bersetuju dengan permintaan pelakon itu.

Terkini, melalui kenyatan mStar Online, Hanez menyatakan hasrat ingin bertemu dengan isteri kekasihnya, Nurliyana dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

PC hanez suraya-18

Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup

Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua.

Dalam pada itu, Hanez juga berkata dia tidak kisah sekiranya NurLiyana enggan memohon maaf mengenai isu dan kontroversi yang timbul dan dia juga tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita itu.

Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Sementara itu, susulan kontroversi Hanez merampas suami orang ini, pelbagai pihak menunjukkan reaksi hingga ada yang menubuhkan kelab penyokong Liyana Manan.

Sokong Liyana

Sehingga hari ini, laman Facebook yang baru dibuat beberapa hari lalu sudah diikuti hampir 70,000 peminat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Menariknya, laman ini turut digunakan untuk mendedahkan gambar mesra Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie. Selain itu, penyokong turut memberikan kata-kata sokongan bagi menaikkan lagi semangat Liyana.Apapun, sama-sama kita berdoa supaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

SKIP THIS AD ×