berita

Isu Cinta Suami Orang : Hanez Suraya Minta Isteri Kekasihnya Mohon Maaf Secara Terbuka

March 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC hanez suraya-31

Kontroversi membabitkan pelakon sensasi, Hanez Suraya menjadi semakin panas apabila isteri kekasihnya tampil menemui media menjelaskan hal sebenar.

Namun, hingga hari ini, Hanez masih lagi bermain teka teki mengenai status R sebenarnya. Hanez dalam kenyataannya sebelum ini ada meminta maaf berkenaan status R yang pernak dibuat sebelum ini.

Terkini, selepas pelbagai kata kata dilemparkan kepada Hanez, dia tampil untuk membersihkan dan meminta isteri kekasihnya, Nurliyana Manan untuk meminta maaf secara terbuka.

PC hanez suraya-38Hanez dan kekasihnya R hadir bersama peguam di sidang media khas yang diadakan di One World Hotel

Duta kepada produk kecantikan Aura White ini mendakwa dirinya menanggung malu dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang dilemparkan terhadap saya.

Semua tuduhan itu tidak benar. Disebabkan fitnah terbabit, karier saya turut terkena tempiasnya dan secara jujur, memang saya terganggu dengan apa yg berlaku ini.

Kalau nak tau, sebenarnya hubungan kekasih Hanez dengan isterinya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah dan dia (R) tidak dibenarkan untuk memberi ulasan mengenai status perkahwinannya itu.

PC hanez suraya-11R menerangkan perkara sebenar berhubung isu dia dan kekasihnya, Hanez

Walaubagaimanapun, Hanez berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan nama baiknya dapat dibersihkan secepat mungkin.

Hanez tak beri sebarang tempoh masa kepada dia (Liyana) untuk meminta maaf, sebaliknya ingin dia datang sendiri membersihkan nama Hanez”.

Dalam pada itu, dalam menjawab spekulasi ini, R tampil membela Hanez apabila dia mengatakan Hanez tidak terbabit lansung dalam insiden keretakkan rumahtangganya dengan Liyana.

Hanez lansung tidak bersalah dalam hal ini.  Pada saya, jika dia (Liyana) dalam keadaan marah, dia akan bercerita apa saja, maklum lah orang perempuan kan.

Terapi, apa yang boleh saya katakan, Hanez bukanlah punca kami berantakan dan untuk makluman, rumahtangga kami sudah berkocak sebelum saya mengenali Hanez lagi.

Untuk pengetahuan, R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana Manan dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Apa apa pun, marilah sama sama kita doakan hubungan semua masalah ini dapat diselesaikan secara baik.

×