berita

Isu Cinta Suami Orang, Liyana Pertikai Permintaan Hanez Suraya

March 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Liyana Manan

Kontroversi membabitkan pelakon Hanez Suraya, R dan Liyana Manan masih belum ada kesudahannya walaupun Hanez sudah tampil menjelaskan mengenai status hubungannya dengan jejaka itu.

Semalam, dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihak Hanez, dia meminta isteri kepada kekasihnya untuk memohon maaf secara terbuka.

Terkini, melalui Berita Harian, Nurliyana Manan tampil mempertikaikan permintaan Hanez kerana merasakan tindakan pelakon itu sebelum ini seoalah-olah cuba menaikkan kemarahannya.

PC hanez suraya-17Hanez minta Liyana mohon maaf secara terbula

Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah `mencabar’ dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi.

Liyana juga menjelaskan dia tidak menghalang jika Hanez ingin berkahwin dengan suaminya, tetapi tunggu sehingga kes penceraian mereka selesai.

Selain itu, Liyana berkata tindakan Hanez yang memuat naik gambar bersama anak-anaknya di laman sosial Instagram, betul-betul membangkitkan kemarahannya.

Apabila saya bersuara dan tampil dengan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes perceraian kami selesai dulu.

Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama anak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya.

Nampaknya, kisah percintaan Hanez dan R masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun masing-masing sudah pun memberi penjelasan. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka bertiga.

SKIP THIS AD ×