Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar tampil memohon maaf secara terbuka kepada pempengaruh Faiz Soul susulan isu tular yang mendakwa dirinya merendahkan golongan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan: Dr. Malar Luah Rasa Syukur, Anggap Pelantikan Sebagai Ikon Bahasa Satu Penghargaan – ‘Bahasa Melayu Adalah Bahasa Pertama Saya’

Artikel Berkaitan: Teruja Jumpa Siti Nurhaliza, Dr Malar Mahu Gantung Gambar Selfie Dalam Rumah -‘Saya Sitizoner Sejak 13 Tahun’

Mohon maaf

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik, Dr Malar mengakui penggunaan perkataan yang kurang tepat dalam perkongsiannya sebelum ini sehingga menimbulkan salah faham dan menyentuh perasaan ramai pihak.

Saya buat video ini adalah untuk memohon maaf kepada Faiz Sol. Apa yang saya maksudkan sebelum ini adalah sesiapa sahaja yang dibawa ke sekolah, merekalah yang akan menjadi inspirasi kepada para pelajar.

Jika kita bawa jurutera gas dan minyak, pelajar akan terfikir untuk menjadi jurutera. Kalau bawa pegawai polis, mereka pula akan rasa mahu menjadi pegawai polis. Pelajar-pelajar ini masih belum matang sepenuhnya.

Di sini saya mengaku, mungkin penggunaan perkataan saya sebelum ini kurang tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah saya merendahkan mereka yang hanya ada SPM.

Itu bukan niat sebenar saya. Apa yang cuba saya sampaikan adalah mengenai pemilihan figura yang dibawa ke sekolah untuk merasmikan atau memberi inspirasi pada hari akademik.

Mengulas perkara itu dalam keadaan sebak, Dr Malar turut mendakwa isu tersebut telah menjadi bahan perbincangan meluas, termasuk dimanipulasi oleh segelintir pihak sehingga mengundang kecaman bertubi-tubi terhadap dirinya.

Ramai juga pempengaruh yang menggunakan isu ini. Disebabkan terlalu banyak kecaman, saya terpaksa berhenti seketika daripada bermain media sosial.

Bagaimanapun, Dr Malar menegaskan dia menerima segala kritikan yang dilemparkan dan tidak akan memadam komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen.

Jika anda mahu unfollow atau kecam, saya terima kesalahan penggunaan perkataan saya. Saya tidak akan padam makian yang ditinggalkan di ruangan komen.

Kepada semua yang terasa, saya minta maaf. Kepada Faiz Sol juga saya minta maaf.

Mengakhiri penjelasan, Dr Malar menegaskan dia tetap dengan pendiriannya bahawa individu yang dijemput ke sekolah seharusnya mampu memberi inspirasi yang betul kepada pelajar.

Saya tetap berpegang pada prinsip bahawa figura yang dibawa masuk ke sekolah mestilah memberi inspirasi yang baik.

Sumber: Threads