berita

Isu GR Yaris ‘Total Lost’! Pemilik Sebenar Perjelas Perkara Sebenar, Pekin Ibrahim Hanya Duta

July 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video memaparkan pelakon, Pekin Ibrahim kecewa kenderaan mewah jenis Toyota GR Yaris Kansai D1 Edition terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bawa Kereta Member, Hati-Hatilah’ – Pekin Ibrahim Reda, Kereta GR Yaris Kansai ‘Total Lost’

Tuan kereta jelaskan perkara sebenar

Terbaru, syarikat D One Motorsports Sdn Bhd tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan Pekin bukanlah pemilik sebenar bagi kereta mewah tersebut namun, hanya menjadi duta bagi mempromosikan syarikat berkenaan di media sosial.

Pekin Ibrahim ialah duta untuk membuat promosi di media sosial bagi D One Motorsports Sdn. Bhd bermula Mei 2023 sehingga tempoh yang telah dipersetujui.

Pemilik GR Yaris Kansai ialah Pengarah Syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd, Asnina Binti Muhamad.

Tambah syarikat itu, tiada sebarang dokumen berkaitan pinjaman bank diuruskan suami kepada Mona Allen itu untuk membeli kereta terbabit.

Namun, pelakon berusia 42 tahun itu sekadar menunjukkan minat untuk membeli kereta berwarna hitam itu.

Muat naik di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asnina Mohd (@as_nina)

Bukan itu sahaja, pemilik sebenar kenderaan itu, Asnina turut memuat naik hantaran di Instagram (IG) memaparkan salinan geran sekaligus membuktikan kereta GR Yaris itu merupakan kepunyaannya.

Terdahulu, nama Pekin menjadi bualan susulan tularnya beberapa video memaparkan kenderaan jenis Toyota GR Yaris D1 Kansai Edition yang dikatakan miliknya ‘total lost’ selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Sumber: Facebook, Instagram

SKIP THIS AD ×