
Pelakon, Hariz Hamdan mengakui masih belum berkesempatan untuk bertemu dan bertanya khabar aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, susulan kontroversi yang tercetus berkaitan penggunaan telefon pintar iPhone, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Lega Hazwani Helmi Selamat Pulang, Netizen Beri ‘Greenlight’ – ‘Jangan Sampai 40 Orang Doakan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Isu Guna iPhone Di ABPBH 37 – ‘Sebenarnya Ia Pemberian Orang’
Biar Tuhan hukum
Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, berkata, kekangan jadual penggambaran menyebabkan dia belum sempat menghubungi Hazwani meskipun ada mendengar mengenai isu yang diperkatakan ramai.
Buat masa ini memang belum sempat untuk hubungi dia sebab saya sibuk dengan ‘shooting’ dan komitmen lain. Saya ada dengar juga tentang perkara itu, tapi bagi saya, saya tidak menyalahkan sesiapa.
Mungkin di mata sesetengah orang ia dianggap salah, tetapi siapa kita untuk menghukum? Hanya Tuhan yang berhak menilai manusia dan setiap perbuatan mereka.
Hariz berkata demikian ketika ditemui pada Perlawanan Pickleball The Power Play 2025, yang berlangsung di Tomaz Pickelball, pada Isnin.
Tambah Hariz, dia berpandangan bahawa tiada sesiapa berhak menghukum kesilapan individu lain.
Kalau Hazwani melakukan kesilapan, biarlah Tuhan yang membalas. Begitu juga dengan kita, bila buat salah biarlah Tuhan yang tentukan. Kita bukan siapa-siapa untuk tentukan apa yang betul atau salah.
Sebelum ini, Hazwani menjadi perhatian apabila merakam video pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) yang mengundang reaksi netizen susulan penggunaan telefon pintar iPhone.
Tindakan itu dipersoalkan kerana jenama berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada Israel.