berita

Isu Kes Khalwat, Saksi Dakwa Shahrizal Jaszle Hanya Pakai Boxer Ketika Diserbu

April 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-09 at 11.18.46 AM

Masih dalam sesi perbicaraan, nampaknya kes khalwat antara Shahrizal Jaszle dengan wanita bernama Farah Nurizzati Salleh akan berlanjutan dalam jangka masa yang lama.

Artikel Berkaitan : Rayuan Shahrizal Jaszle Gugur Kes Khalwat Gagal

Jejaka yang merupakan tunangan kepada Redzwani Puteri itu telah ditahan pada 16 Mei 2013 atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Terkini, menerusi laporan Mstar, saksi pertama kes tersebut, Mohd Radzi Saliman mendakwa bahawa pelakon itu hanya memakai ‘boxer’ ketika serbuan dilakukan.

Screen Shot 2014-04-09 at 11.19.47 AM

Shahrizal Jaszle didakwa hanya memakai ‘boxer’ ketika serbuan dilakukan

Menurut saksi lagi, pintu bilik kedua rumah berkenaan didapati berkunci dan kemudiannya dibuka oleh seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek selepas hampir lima minit diketuk.

“Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

“Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja.”

Ketika ditanya oleh saksi sama ada mereka mempunyai hubungan sah sebagai suami-isteri, pelakon itu bagaimanapun mengakui bahawa wanita tersebut hanyalah kekasihnya.

Sementara itu, pelakon itu ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu bahawa dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi.

Shahrizal diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee dan Muhammad Hafiz Ab Rashid manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Zusyarafain Yusoff.

Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling tersebut dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah dan akan disambung semula pada 10 Jun depan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×