berita

Insiden Komen Jelik, Guru Lapor Polis Dakwa FB Digodam

May 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini tular mengenai seorang pengetua sekolah yang telah meninggalkan komen yang tidak wajar iaitu menggelar remaja berkenaan sebagai hipokrit serta anak perempuan yang kurang ajar.

Artikel berkaitan : Isu Lawak Lucah, Pelajar Ini Dakwa Terima Surat Amaran Bakal Dibuang Sekolah

Artikel berkaitan : Dipercayai Sebut Unsur ‘Rogol’ Dalam Kelas, Polis Sudah Ambil Keterangan Guru & Pelajar

Perkara berkenaan telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana guru berkenaan telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Aduan murid mengenai guru keluarkan kata-kata tidak wajar semasa PdP

Sekadar gambar hiasan

Pihak Kementeritan Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum mengenai laporan polis yang telah dibuat oleh pelajar berkenaan pada 24 April 2021. Kini insiden berkenaan masih dalam siastan pihak polis dan pihak KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan polis berlangsung.

Walau bagaimanapun, pihak KPM telah menempatkan guru berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan tersebut selesai dan tindakan KPM adalah bergantung dengan hasil siasatan kes tersebut.

Tangkap layar komen pengetua di Facebook

Setelah meneliti secara teperinci isu komen di aplikasi Facebook yang dikatakan komen berkenaan dibuat oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) terhadap pelajar perempuan berkenaan.

Pihak KPM telah mengesahkan bahawa terdapat satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan yang mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam dan menafikan komen berkenaan ditulis olehnya.

Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah

KPM juga menjelaskan Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama yang telah terima oleh pelajar berkenaan. Menurut KPM pemantauan berkaitan dengan ketidakhadiran pelajar ke sekolah akan dilakukan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi memastikan jika terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hingga 10 hari berturut turut tanpa memberi alasan bertulis akan dikenakan tindakan berkenaan.

Secara amnya, surat berkenaan akan dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa atau penjaga pelajar tersebut sedar dan peka akan ketidakhadiran pelajar ketika sesi persekolahan bermula. Tindakan yang diambil KPM ini juga bertujuan untuk memastikan tiada pelajar ketinggalan dalam pembelajaran dan membuat tindakan intervensi yang sewajarnya.

Selama tempoh 16 hingga 30 April 2021, ibu bapa kepada pelajar tersebut telah mendapat sebanyak 6 Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama yang mengatakan pelajar tersebut tidak hadir tanpa sebab daripada pihak sekolah.

Dalam pada itu, KPM ingin menegaskan bahawa Kementerian akan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid dan juga seluruh warga sekolah.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

SKIP THIS AD ×