berita

Isu Lawak ‘Makan’ Epal, Yusuf Azmi Terpaksa Masuk Campur Jadi Orang Tengah

August 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Ahli perniagaan terkenal, Jofliam dipercayai tidak berpuas hati dengan beberapa orang individu yang didakwa staf kepada Carl Samsudin kerana membuat lawak makan buah ‘epal’ di media sosial.

Susulan daripada itu, Pengerusi Persatuan Semboyan iaitu Yusuf Azmi telah membantu dan mempertemukan kedua-dua usahawan tersebut bagi menyelesaikan isu yang berlaku.

‘Awak tak rasa itu double meaning?’

Tangkap layar: YouTube Yusuf Azmi Semboyan TV

Di Youtube Yusuf Azmi berdurasi 54:22 minit itu menyaksikan Yusuf Azmi telah berjaya menemukan suami kepada Cik Apple iaitu Jofliam dan pihak Carl Samsudin bagi menjernihkan pergelutan yang berlaku di antara mereka.

Pada awal pertemuan di antara mereka, Jofliam telah menanyakan kepada staf Carl Samsudin yang dikenali sebagai Wandi mengenai siapa individu yang telah mengajar kaedah permohonan maaf dilakukan Wandi di media sosial itu?

Kalau kaedah memohon permohonan maaf bentu tak ada orang ajar. Memang saya sendiri tahu. Sebab saya memang suka buat video, itu saya pun minta maaf dalam bentuk video. Itu memang saya. Saya dari dulu memang buat video.

Difahamkan, terdapat beberapa persoalan dan punca yang menyebabkan Jofliam kurang berpuas hati dengan tindakan permohonaan maaf yang telah dilakukan Wandi di media sosial sejurus mencetuskan provokasi kepada ahli perniagaan terkenal itu.

Sekarang konteks lebih kepada adab. Kalau tengok balik kepada video tadi, pertama sekali masalahnya adalah awak dengan saya. Di mana isteri saya dalam video tu? Kedua, ‘minta maaf Malaysia’, atas dasar apa? Atlet Olimpik ke? Kalah? Akhir sekali, ‘saya nak turun tetapi ada hamba Allah menghalang saya turun’, ada cakap macam tu? Apa motifnya?

Sebelum ini, saya ada memesan kepada dia, jangan kacau saya, Kalau tak tahu cerita, jangan ganggu. Saya dah pesan kepada dia tetapi tak diendah. Tak reply. Dia terus buat video perlian di Instagram. Dengan memerli ‘Joflimgam dan Epal’, ‘makan Epal’. Satu video terakhir, dia kata ‘dah sejuk-sejuk ni, dah makan epal ke belum?’. Awak tak rasa itu double meaning?

‘Kalau awak rasa, saya tak boleh buat apa’

Tangkap layar: YouTube Yusuf Azmi Semboyan TV

Susulan beberapa persoalan yang dikemukan oleh Jofliam, staf kepada Carl Samsudin memperjelaskan satu per satu soalan tersebut.

Jofliam dia perasan saya tapi tak apa, isu itu dah habis. Maksudnya first day okay je. Makna kata ‘epal’ tu your wife, it’s totally bukan daripada saya. Tapi kalau itu awak rasa, saya tak boleh buat apa.

Dapat disaksikan sepanjang video ini, Jofliam kelihatan bengang dan cuba untuk bersabar. Dia turut memperingatkan kepada staf Carl Samsudin supaya tidak masuk campur urusan di antara Jofliam dan Carl Samsudin kerana masalah mereka ini turut membabitkan Cik Epal.

Jujur, ‘epal’ niat saya tak ada. Saya memang nak menegur dia (Jofliam). ‘Epal’ itu memang tak ada kena mengena dengan bini atau orang lain maksudkan itu, tak ada.

Bila benda dekat IG Story tu dah viral, baru saya perasan saya salah. Lepas dia dah melenting. Abang saya pun cakap saya bersalah.

Video penuh:

Berdasarkan daripada pertemuan di antara Jofliam bersama staf Carl Samsudin, Wandi berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya seperti memuat naik status di media sosial dalam bentuk perlian lagi. Malah, dia juga akan menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran buat dirinya.

Sumber: Yusuf Azmi Semboyan TV

SKIP THIS AD ×