berita

Isu Naikkan Had Umur Perkahwinan, Lelaki Ini Huraikan Sebab 7 Negeri Tak Setuju

November 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu membabitkan perkahwinan bawah umur masih lagi diperdebatkan hingga ke hari ini. Usaha kerajaan untuk menaikkan had umur sedia ada mengundang pelbagai reaksi daripada banyak pihak apabila ada yang menyokong, malah tidak kurang juga masih ramai yang membantah.

Baru-baru ini media melaporkan hanya 7 buah negeri sahaja yang bersetuju untuk meminda Enakmen / Ordinan Undang-undang dan had umur minimum perkahwinan manakala 7 buah lagi negeri masih tidak bersetuju. 

Selangor dah pinda

Menerusi laporan Malaysiakini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.

Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.

Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu di Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Menurut Wan Azizah, undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum Syarak, perkahwinan dan adat negeri, adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Jadi katanya, kerajaan persekutuan masih memerlukan persetujuan kerajaan negeri sebelum boleh melaksanakannya.

Ada sebab kenapa 7 negeri ini tak setuju

Laporan media berhubung perkara itu telah mendapat reaksi daripada netizen. Malah, seorang pengguna Twitter ini turut memberikan ulasan atau pandangannya sendiri tentang mengapa 7 negeri terbabit tidak bersetuju untuk menaikkan had umur perkahwinan.

Root cause

Menurut individu ini, isu perkahwinan bawah umur hanyalah simptom kepada masalah yang lebih besar iaitu pengagihan kekayaan yang tidak serata.

Situasi 1

Lelaki ini kemudian memberikan dua situasi yang berbeza untuk difahami.

Situasi 2

Situasi kedua banyak berlaku di 7 negeri ini

Menurut lelaki ini, situasi kedua yang dinyatakannya banyak berlaku di 7 buah negeri yang menolak untuk menaikkan had umur.

Katanya, faktor kemiskinan boleh membawa kepada berlakunya terlalu banyak perkahwinan bawah umur di negara ini.

Jumlah kemiskinan yang banyak

Rawat punca masalah, bukan simptom

Jelas lelaki ini, negeri-negeri yang menolak untuk untuk menaikkan had umur perkahwinan tahu bahawa mereka perlu merawat punca masalah dan bukan sekadar merawat simptomnya sahaja.

Sumber: Malaysiakini, Twitter Lemanstark

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×