berita

Isu Pelanggaran SOP, Peguam Neelofa & Haris Mohon Tarik Balik Pertuduhan

October 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, usahawan terkenal, Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail didakwa merentas negeri untuk membeli karpet di sebuah kedai permaidani pada Mei lalu di Nilai, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan : Neelofa, Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP Di Nilai

Artikel berkaitan : Pejabat Peguam Negara Putuskan Neelofa, Suami Tidak Didakwa Rentas Negeri

Artikel berkaitan : Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Terbaharu, pihak pembelaan yang mewakili pasangan itu telah menghantar representasi bagi menarik balik tuduhan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Peguam hantar representasi gugurkan pertuduhan

Foto kredit : Kosmo

Kelihatan Neelofa bersama suaminya tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 9.00 pagi tadi dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Menurut peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed, satu salinan representasi telah diserahkan dan memohon pihak Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan atas anak guamnya.

Kita merasakan pertuduhan-pertuduhan yang di bawa (oleh anak guam) pada asasnya bukanlah satu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh.

Ujarnya lagi, pihak pembelaan diberi masa selama satu bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

Pihak pendakwaan telah terima representasi

Ketika di dalam prosiding mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima representasi daripada pihak Neelofa dan suaminya.

Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan untuk mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat).

Walau bagaimanapun, Majistret, Mohd. Firdaus Saleh telah menetapkan 1 Disember 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×