berita

Isu Peluk Dengan Intan Najuwa: Aliff Aziz Anggap Sebagai Ujian, Terima Teguran Netizen

July 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas selesai menguruskan kedua cahaya matanya yang mengalami demam panas, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tampil menjelaskan mengenai penularan video berpeluk dengan aktres Intan Najuwa, di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang.

Artikel Berkaitan: ‘Ingat Peluk Saja-Saja Ke, Dah Tak Ada Kerja Sangat Ke’ – Intan Najuwa Beri Respon Isu Video Mesra Dengan Aliff Aziz

Anggap sebagai teguran

Menurut Aliff, dia bukan manusia yang sempurna. Tenang menjawab kontroversi panas itu di Instagram Live pada Sabtu, Aliff, 32, berkata dia menerima setiap komen dengan hati yang terbuka.

Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.

Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak.

Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya.

Saya hargai sangat. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah.

Banyak lagi perlu diperbaiki

Dedah pemilik nama Muhammad Aliff Aziz, dia juga digelar penunggang agama malah ada segelintir netizen yang berpendapat dirinya masih Aliff Aziz yang dahulu.

Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.

Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Bella Astillah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya perbuatan itu telah mengguris hati mana-mana pihak.

Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit.

Sebelum ini, seorang pengguna di TikTok memuat naik video di mana dia terserempak dengan Aliff berpelukan dengan Intan ketika sedang menjalani penggambaran drama Jodohku Babysitter di pusat peranginan tersebut sehingga mengundang kecaman netizen.

Sumber: Instagram @iamaliffaziz

SKIP THIS AD ×