berita

Isu Protes #MH370 Di China, Shila Amzah Tolak Dakwaan Diganggu

March 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shila Amzah

Isu kekecohan yang berlaku di negara China mengenai kehilangan pesawat MH370 masih lagi hangat diperkatakan. Malah, keluarga mangsa dari China telah berkumpul dan mengadakan protes secara besar-besaran di kedutaan Malaysia disana.

Ekoran itu, semalam, OHBULAN! turut dilaporkan mengenai penyanyi kelahiran Malaysia yang diganggu netizen dari China yang tidak berpuas hati mengenai isu tersebut.

Mungkin risau akan perkara itu, ramai peminat penyanyi bersuara lantang, Shila Amzah tertanya-tanya bagaimana keadaan Shila di China.

Shila

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Shila dikatakan tidak mengalami apa-apa gangguan berkenaan kekecohan yang berlaku.

Khabarnya, walaupun Shila merupakan selebriti dari Malaysia, dia dilayan dengan baik dan tidak langsung dihemburkan dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Malah, semua aktiviti yang Shila lakukan disana berjalan seperti biasa termasuklah persediaan bagi pertandingan nyanyian yang disertainya.

Kalau nak tahu, Shila kini sedang sibuk dalam membuat persediaan untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan minggu lepas Shila telah berjaya mengalahkan semua saingannya dalan program I Am A Singer menerusi lagu Rolling In The Deep.

Apapun, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan Shila disana dan semoga Shila berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

SKIP THIS AD ×