Semalam tular di media sosial menampakkan pengacara terkenal Neelofa bersama suami, Haris Ismail yang didakwa merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet. Perkara itu bagaimanapun telah mencetus amarah netizen dengan mendakwa pasangan itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berdepan dengan pandemik.
Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah
Terbaru, Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitandan Mohd Fazley akan memanggil mereka untuk mengambil keterangan dalam masa terdekat.
Didakwa merentas negeri ke Nilai 3
Memetik laporan Sinar Harian, pada hari Ahad lalu, Neelofa dipercayai memuat naik video di IG Stories menyaksikan dia berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3 sebelum menurunkan posting berkenaan. Tindakan tersebut mengundang rasa kurang berpuas hati dalam kalangan ramai pihak dengan Neelofa yang didakwa ‘merentas negeri’ ketika Kuala Lumpur dan Selangor dalam PKPB.
Superitandan Mohd Fazley bagaimanapun akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk mengambil keterangan susulan beberapa video di premis perniagaan di Nilai 3 itu telah tersebar di laman sosial media.
Sumber: Sinar Harian