berita

Isu Sajat Loloskan Diri Ke Thailand Naik Kereta Api, Ini Respon KTM Berhad

September 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dia dipercayai meloloskan diri ke negera gajah putih itu dengan menaiki gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

Artikel berkaitan : Sangat Licik! Nur Sajat Guna Nama ‘Bella’ & Pembantu Di Malaysia Untuk Keliru Pihak Berkuasa

Artikel berkaitan : Guna Taktik Pakai Purdah, Bayar Sehingga RM20k Untuk ‘Loloskan’ Diri, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok

Artikel berkaitan : Sajat Diburu Polis Lagi, Kali Ini Kes Tukar Maklumat Kad Pengenalan Pula!

Susulan daripada itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan.

Fasiliti dan terminal kargo dikawal ketat

Foto : KTM Berhad

Menurut pihak KTMB, fasiliti dan terminal kargo di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan juga Kastam.

Kontena-kontena kargo yang dibawa masuk ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut samada kontena kosong atau bermuatan.

Difahamkan setiap tren kargo yang merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan. Proses berkenaan melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan juga barangan.

Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dibebeakan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dikenali sebagai Misha. Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14  hari.

Kenyataan balas :

Sumber : KTM Berhad

SKIP THIS AD ×