berita

Isu Siapa ‘Hacker’ FB Tangmo Nida: Rakan Baik Dedah Tahu Siapa Dalang Disebaliknya – ‘Semua Video & Foto Adalah Benar’

May 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Isu siapakah yang memegang akaun rasmi Facebook pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida masih menjadi persoalan buat netizen kerana individu berkenaan dilihat seolah-olah ingin mendedahkan perkara yang tidak diketahui ramai.

Artikel berkaitan : Suspek Mungkin Mempunyai Akses Akaun iCloud Mendiang, Polis Thailand Cari Individu Sebar Foto & Video Tangmo

Artikel berkaitan : Saya Telah Didera Oleh Rakan Saya Sayang & Percaya’ – Status FB Terbaru Tangmo Cetus Tanda Tanya

Artikel berkaitan : Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial

Rakan baik tahu siapa ‘hacker’ FB Tangmo

Terbaharu, rakan baik Tangmo, Mo Amena mendedahkan bahawa dia mengetahui siapakah individu yang membuka akaun rasmi pelakon itu. Malah, dia turut mengetahui hantaran yang dimuat naik kerana individu terbabit menghubunginya serta menunjukkan beberapa foto dan video yang ada di dalam telefon bimbit Tangmo.

Malah, Mo Amena turut mengesahkan bahawa video-video terbabit adalah benar. Tegasnya lagi, dia enggan memberitahu siapakah individu tersebut meskipun soalan terbabit bertubi-tubi ditanya oleh wartawan.

Walau bagaimanapun, Mo Amena bersetuju sekiranya individu itu hanya memuat naik foto atau video dengan tujuan agar kes kematian Tangmo ini tidak dilupakan. Namun, jika ingin memudaratkan pelakon berusia 38 tahun itu, dia akan menasihatkan individu berkenaan untuk menghentikan tindakannya.

Foto dan video yang berada di dalam telefon Tangmo Nida itu tidak kuat untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Ujarnya lagi, buat masa ini dia tidak mempercayai sesiapa pun serta tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Dalam pada itu, Mo Amena tidak mendedahkan di mana keberadaan telefon bimbit Tangmo pada ketika ini.

Mo Amena ketika ditemui wartawan

Sumber : Thairath, Amat Larbsib

SKIP THIS AD ×