berita

Isu ‘SpotCheck’ Pelajar Datang Bulan, Mufti Pulau Pinang Tegur Jaga Maruah, Jangan Malukan Pelajar

April 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, kita dikejutkkan dengan isu mengenai sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuannya untuk membuktikan yang mereka datang ‘bulan’ ataupun tidak.

Sanggup mencalit kemaluan pelajar

Seorang wanita telah meminta pandangan daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mendapatkan jawapan bagi isu yang sangat sensitif ini di Twitter.

Menurut wanita berkenaan, terdapat sesetengah sekolah yang dikatakan sanggup mencalit kemaluan pelajar perempuan bagi mengetahui sama ada pelajar berkenaan datang haid atau tidak dan kemudiannya menunjukkan kepada pengawas atau guru.

Perkara sebegini akan berlaku apabila pelajar perempuan memberi alasan bahawa mereka tidak dapat solat. Pertanyaan serta luahan wanita tersebut telah membuka ruang untuk ramai netizen meluahkan pengalaman yang terjadi pada mereka sebelum ini.

Tidak wajar untuk memalukan pelajar

Menerusi laporan Malaysiakini, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Noor telah memberikan pandangannya terhadap isu berkenaan iaitu sesiapa pun tidak wajar untuk memalukan pelajar dengan memeriksa bahagian sulit mereka.

Wan Salim juga berkata bahawa setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib kita hormati oleh individu yang lain. Ia termasuklah hak mereka untuk menutup bahagian-bahagian sulit tubuh mereka daripada dilihat oleh individu yang lain.

Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

Sumber : Malaysiakini

SKIP THIS AD ×