berita

Isu Tanah Adat, Benarkah Orang Asli Di Malaysia Sering Dipergunakan?

August 22nd, 2019 | by Epul
Shout Out!

Pernah digelar “bumiputera kelas kedua”, Orang Asli di Malaysia sering berasa terasing di bumi sendiri. Ada juga sesetengah pihak yang mempergunakan Orang Asli dan status istimewa mereka untuk kepentingan peribadi sampai Orang Asli keliru dengan hak-hak mereka yang sering menjadi pertikaian.

Salah faham isu tanah adat.

Isu tanah adat di sesetengah negeri khususnya di negeri Perak selalu diperkatakan di media masa. Tapi apa yang menarik di Perak, sampai Orang Asli di sana dipergunakan? Haa.. Kalau korang nak tau, Perak merupakan antara negeri yang kaya dengan hasil hutan menyebabkan banyak tangan ghaib ingin mengeksploitasinya.

Keadaan bertambah buruk apabila ada pula media yang salah tafsir kenyataan daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato Azumu yang menyatakan tak wujud istilah Tanah Adat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila sekumpulan Orang Asli daripada Hulu Perak menuntut kerajaan negeri mengiktiraf Tanah Adat mereka.

Kenyataan Menteri Besar yang disalah tafsir itu menyebabkan Orang Asli marah kerana mereka anggap kerajaan negeri tak mengiktiraf tanah warisan nenek moyang mereka.

Kerajaan negeri perkenal program bantu Orang Asli.

Tapi, ramai tak tau bahawa kerajaan negeri Perak sangat mementingkan kebajikan Orang Asli. Banyak program dirancang untuk memastikan nasib Orang Asli terbela, tak diabaikan dan supaya mereka dapat mengasimilasi pemodenan tanpa perlu melupakan warisan mereka.

Lihat saja apabila kerajaan negeri Perak sanggup membekukan semua aktiviti pembalakan di kawasan yang menjadi pertikaian kerana tak nak menimbulkan kerisauan kepada masyarakat Orang Asli di kampung yang terlibat.

Sebab tak nak Orang Asli ni rasa dipinggirkan jugaklah kerajaan negeri telah berhubung secara terus dengan wakil-wakil Orang Asli untuk mengambil tau tentang keperluan dan keinginan mereka bagi mencari persetujuan yang dapat diterima oleh semua pihak berkepentingan.

Program kampung angkat perkasa orang asal

Kampung Angkat Orang Asli Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Perak

Sebelum ni, banyak program dijalankan bersama Orang Asli berbentuk one-off. Tapi dengan inisiatif terbaru kerajaan negeri Perak, Menteri Besar sendiri telah mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC negeri Perak) untuk mengambil penempatan-penempatan Orang Asli sebagai kampung angkat. 

Di bawah program ni, syarikat-syarikat GLC negeri mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup komuniti Orang Asli secara holistik merangkumi bidang pendidikan, latihan teknikal dan vokasional, aktiviti ekonomi dan banyak lagi.

Program kampung angkat ni pula dijalankan sepanjang tahun dan sehingga kini, sekurang-kurangnya 10 penempatan Orang Asli di Perak telah diambil sebagai kampung angkat syarikat-syarikat GLC dan bilangan ini semakin bertambah. 

Kerajaan Perak tekad bela nasib orang asal!

Sebenarnya, takde istilah Orang Asli ni dianak tirikan sebabnya kerajaan Perak telah meluluskan rizab tanah hampir 14,000 hektar tanah untuk 70 penempatan Orang Asli Perak di bawah Akta Orang Asli 1954. 

Kebanyakan rizab Kawasan Rayau dan Penempatan Orang Asli ini terletak dalam kawasan hutan simpan dan melibatkan kawasan penempatan dan juga kawasan tanaman yang diusahakan. 

Kerajaan Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato Azumu juga telah memulakan proses untuk menambah rizab ini sebanyak 5,176 hektar untuk 27 lagi penempatan Orang Asli. Ini adalah jumlah rizab untuk Orang Asli yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Harap lepas ni korang semua tak salah faham dengan usaha yang kerajaan negeri Perak lakukan untuk bela nasib masyarakat Orang Asli ni ya!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×