Baru-baru ini, pelakon Syafie Tee terpalit dengan kontroversi panas selepas tular sebuah video berpelukan dan mencium kekasih tular di TikTok.
Bapa kepada Syafie iaitu pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil bersuara selepas sibuk dengan kekangan kerja.
Saya tak sempurna
Menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, Ridhuan menyatakan dia tahu-menahu tentang isu anak lelakinya yang rancak diperkatakan di media sosial.
Tidak melatah dengan kutukan netizen, Ridhuan bersyukur dan berterima kasih kerana orang ramai masih mengambil berat akan dirinya dan Syafie.
Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita tentang anak saya dan dilibatkan dengan saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat tentang saya dan anak saya. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya.
Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.
Benar sekali, iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.
Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah. Saya pasrah.
Tak akan berhenti menegur
Tambah penceramah bebas, dia tidak akan berhenti menegur dan mencegah individu yang melakukan kesalahan biarpun imejnya sudah tercalar gara-gara perbuatan Syafie.
Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.
Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.
Dalam pada itu, Ridhuan memberitahu anak keduanya itu lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Katanya, dia tidak pernah melarang minat Syafi cuma sebagai bapa dia sudah menasihati agar pandai membawa diri.
Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.
Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini.
Sumber: Facebook @Mohd Ridhuan Tee Abdullah