Pelakon, Isyariana mengakui sudah bersedia dengan sebarang kecaman netizen susulan tindakannya melakukan adegan sebagai mangsa rogol dalam filem Balas Balik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tawaran Ditarik Kerana Imej Bertudung, Isyariana Percaya Pada Rezeki – ‘Ummi Nazeera Boleh Saja Bawak Watak Antagonis’

Artikel Berkaitan: Isyariana Baru Tiga Hari Bertudung, Tak Berani Janji Kekal Imej Baharu – ‘Saya Pakai Lepas Pulang Umrah, Rasa Selamat’

Adegan dirogol

Isya atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 35, berkata, dia percaya akan ada cakap nakal dalam kalangan penonton selepas menyaksikan babak tersebut, tambahan lagi dirinya kini sudah berhijab.

Namun, jelas Isya, adegan itu hanya lakonan semata-mata dan dia menjalakan tugas sebagai pelakon seperti mana dituntut oleh sutradara naskhah itu.

Saya tak takut netizen (kecaman) tapi lebih takut dengan Allah. Setakat ini saya tak kisah sangat dengan penerimaan netizen sebab saya cuma jalankan tanggungjawab yang sudah diterima.

Biarkan apa orang nak cakap. Itu hanya sekadar watak, bukan diri saya yang sebenar. Semua babak rogol itu memang sudah ada dalam skrip.

Dalam babak tersebut saya seakan berkemban dan menampakkan sedikit bahagian bahu sahaja, tapi sekarang sudah berhijrah tiada lagi watak begitu.

Isya berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Gala Filem Balas Balik yang berlangsung di ibu kota, pada Selasa.

Semoga istiqamah

Dalam pada itu, diminta berkongsi mengenai perjalanan selepas berhijrah, Isya meminta orang ramai mendoakannya agar terus kekal istiqamah.

Doakan saya terus istiqamah sebab memakai tudung ini dilakukan bukan sebab siapa pun termasuk ibu atau diri sendiri sebaliknya kerana Tuhan.

Cuma jangan harapkan kesempurnaan daripada saya tetapi fokus pada dalaman. Bersihkan jiwa termasuk tidak melayan media sosial sangat, lebih fokus kepada diri sendiri seperti solat tahajud.

Janganlah harap saya sudah menutup aurat tetapi tidak melakukan kesilapan langsung.

Pada Mac, Isya lalu tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada bulan yang sama.

Namun ketika itu dia mengakui masih berperang dengan perasan sendiri untuk kekal istiqamah dengan penampilan tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Isya antara pelakon yang membintangi filem Balas Balik arahan Feroz Kader.

Selain Isya, filem yang mula ditayangkan pada 29 Mei itu turut dibintagi Syukri Yahaya, Tony Eusoff, Adam Lee dan ramai lagi.