berita

‘Itu Adalah Fitnah & Melampau’ – Ebit Lew Nafi Bayar Mahal Nak Masuk Gaza

July 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebentar tadi, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) telah tampil melakukan sidang media secara Live di Instagram miliknya susulan kontroversi misi kemanusiaannya di Semenanjung Gaza, Palestine.

Artikel berkaitan : Ramai Minta Tukar Pembantu Peribadi, Ini Respon Ebit Lew ‘Mudah-Mudahan Semua Jadi Baik Nanti’

Artikel berkaitan : ‘Luka Hati Saya’- Ebit Lew Jawab Kenapa Block Caprice, Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa

Artikel berkaitan : ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew

Menerusi sidang media itu, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa pasukan misi kemanusiannya telah memasuki Gaza dengan bantuan daripada pihak kedutaan Malaysia dan menafikan membayar harga yang tinggi seperti didakwa sebelum ini.

Masuk Gaza melalui kedutaan Malaysia

Menurutnya, dia mengakui bahawa pasukannya memang pernah berurusan dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Mile of Smile, namun proses permohonan mereka gagal.

Saya melalui kedutaan Malaysia. Satu-satunya jalan nak masuk ke Gaza ialah melalui Mile of Smile selama berpuluh tahun rakyat Malaysia, NGO masuk melalui Mile of Smile.

Sebelum saya datang saya dah call Mile of Smile tu. Daripada awal kami dah video call. Bukan kami tak tahu, daripada awal lagi kami dah tahu.

Ujarnya, harga proses untuk memasuki Gaza melalui syarikat berkenaan adalah sebanyak RM40,000 seorang. Terkejut mendengar harga berkenaan, Ebit Lew kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan bantuan yang telah diberikan oleh kedutaan Malaysia.

Masa tu beliau minta satu kepala RM40,000. Maknanya kalau nak masuk 10 orang kena bayar RM400,000. Jadi bila saya dengar mahal saya tak nak lah bawa masuk semua. Saya niat paling kurang pun, saya masuk sorang pun tak apa. Tapi proses tu gagal.

Tolak dakwaan bayar harga tinggi

UEL juga mengatakan jika ingin memasuki Gaza, mereka perlu mendapatkan dua kelulusan yang penting iaitu kelulusan dari pihak kerajaan Mesir dan pihak tentera. Pihak kedutaan Malaysia dikatakan telah mencuba sehabis baik untuk menguruskan permohonan berkenaan dan akhirnya diluluskan pada peringkat pertama.

Kelulusan tentera kami tak dapat. Saya dah nak balik Malaysia masa tu. Rupanya ada satu syarikat yang dilantik oleh ketenteraan di sana untuk bawa masuk ke Mesir.

Alhamdulillah, kami pergi melalui Lucky Tour dan cajnya lebih kurang dalam RM10,000.

Walau bagaimanapun, Ebit Lew telah menafikan dakwaan yang mengatakan dia membayar dengan jumlah yang tinggi sehingga dikatakan telah menyusah NGO yang lain.

Dakwaan itu adalah fitnah dan melampau. Itu memang dalam kata yang lain memang menipu dan zalim.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×