berita

Itu Simbol Pengakap, Bukan Salib – Jehan Miskin

August 23rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Jehan Miskin

Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi bibir seksi, Kilafairy pernah dikaitkan dengan foto berunsurkan lambang salib, terbaru seorang lagi pelakon lelaki iaitu Jehan Miskin turut dikaitkan dengan isu yang sama.

Artikel Berkaitan :

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Jehan bertarikh 15 Ogos lalu, pelakon ini dilihat sedang berada disamping isterinya, di mana mereka kelihatan sedang memakai sepasang rantai dengan caption berbunyi :

Jehan Miskin 1

Jehan Miskin

Foto loket yang dianggap seperti lambang salib

Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.

Jehan Miskin2

Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.

Jehan Miskin 3 Jehan Miskin 4

Bagaimanapun, untuk semua peminat Jehan Miskin, jom layan beberapa foto terkini aktor tampan tersebut bersama isteri tersayang, Julie Camelia Rhee selepas ini.

Sebagai maklumat tambahan, Jehan dan Julie telah diijab kabulkan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.


Kredit Foto : Instagram Jehan Miskin