
Pasangan selebriti, Izara Aishah dan Adib Khalid berkongsi berita gembira apabila selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiga baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga – ‘Bertambah Lagi Puteri Dalam Keluarga Kami’
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Hamil Anak Ketiga, Kandungan Kini Tujuh Bulan
Nama anak ketiga Izara
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Adib menerusi hantaran di Instagram, sekali gus memperkenalkan puteri ketiga mereka yang diberi nama Thara Alima kepada umum.
Sementara itu, Adib turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan tidak ternilai tersebut yang disifatkan sebagai satu lagi rahmat dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib.
Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami.
Dalam masa sama, Adib turut merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.
Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin.
Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6 dan Amara Amina, 3.
Sumber: Instagram Adib Khalid