Sejak kehadiran cahaya mata, Izara Aishah dilihat semakin kurang aktif berlakon dan banyak berkongsi foto anaknya, Irisa Alaia yang kini sudah hampir 11 bulan.
Artikel Berkaitan :[FOTO] Comel Anak Izara Aishah, Macam Anak Korea!
Di Twitter, Izara seakan mempersoalkan lambakan personaliti media sosial atau yang diangkat menjadi pelakon.
Adakah TV tiada peruntukan?
Dalam status berkenaan, Izara sedikit pelik selebriti media sosial ( Instafamous) dilihat semakin ramai menjadi seorang pelakon. Perkara ini sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah stesen televisyen terpaksa menghadkan peruntukan kuntuk membayar pelakon tatkala negara dilanda pandemik.
Rata-rata di ruangan komen setuju dengan soalan dikemukakan oleh pelakon tersebut yang menyifatkan pelakon daripada kalangan Instafamous tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Ramai instafamous jadi pelakon?
Tak kurang juga merasakan bahawa pelakon dari kalangan Instafamous kebanyakan kaku dan kayu. Malah, ramai yang mengharapkan Izara Aishah muncul kembali dalam drama atau filem terbaru memandangkan pelakon tersebut sudah lama tidak dilihat di kaca TV.
Di ruangan komen, masing-masing berharap agar pihak produksi melamar kembali artis-artis hebat untuk menjaga kualiti drama dan filem di Malaysia. Mereka juga turut berharap agar pihak produksi akan mengambil orang berbakat sahaja jika benar inginkan wajah-wajah baru dari kalangan Instafamous atau Influencer.
Sumber : Izara Aishah