Pembunuhan kejam Allahyarham Zulfarhan menjadi tumpuan segenap masyarakat ketika ini termasuk selebriti tempatan yang rata-rata mengecam perbuatan buli sehingga tergadai nyawa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Arwah Zulfarhan Mahu Bomoh Terima Balasan – ‘Saya Harap Dia Bertaubat & Datang Jumpa Kami Minta Maaf’
Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Menangis Sujud Syukur
Izara luah rasa
Menerusi ciapan di platform X, pelakon jelita Izara Aishah berang dengan pelaku yang didakwa menyebabkan kematian mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.
Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit.
Tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf dekat Zulfarhan.
Kenyataan tersebut ditulis Izara sebagai respon terhadap ciapan seorang pengguna platform berkenaan tentang peguam berprofil tinggi yang dipercayai menjadi wakil salah seorang pelaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan kenyataan Izara dan tidak menyangka dia akan selantang itu namun tetap bersetuju dengannya.
Terkejut buka posting Izara marah, tapi memang layak sangat dibodohkan mereka ni.
Tahu tak apa, macam mana budak muda kaya pula tu percaya benda syirik. Terang-terang menipu.
Betul Izara! Garang lagi saya setuju.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sumber: X Izara Aishah