berita

Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?

May 16th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Izreen Azminda sebagai Indah HarlinaSudahla menjadi mangsa aniaya, khabarnya bakal suami Izreen Azminda juga telah berkahwin dengan kakak tirinya sendiri.

Demi mengubat hati yang lara, Izreen dikatakan telah berhijrah ke ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan cinta baru yang jauh lebih baik.

Kasihan bukan? Sebenarnya cerita itu adalah ringkasan sinopsis drama terbaru slot Akasia TV3, Kerana terpaksa Aku Relakan yang akan menemui para penonton bermula pada 21 Mei ini.

Zawati (Nadia Aqilah) sabotaj Indah supaya dia dapat berkahwin dengan Shaiful

Antara babak menarik dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’

Kini menyaji penonton dengan drama ‘Aku Isterinya’, timbul pula persoalan adakah drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini bakal menaikkan lagi rating slot tersebut.

Al-maklumlah, drama-drama sebelum ini seperti ‘Playboy Itu Suami Aku’ dan ‘Jika Itu Takdirnya’ dilihat kurang mendapat sambutan penonton.

Bukan sahaja teraniya dengan ibu tiri dan kakak tirinya, Indah juga disisihkan oleh ayahnya kerana tidak hadir ke majlis nikahnya

Drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ mempertaruhkan Izreen Azminda sebagai teraju utama

Diterbitkan oleh Primeworks Studios, drama arahan Azma Aizal Yusof ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Dian P. Ramlee (Datuk Safiyah), dan Syafik Kyle (Tajul Fahin).

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya.

Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.

Tajul Razin (Amar Baharin) risau ibunya, Datuk Safiyah (Dian P. Ramlee) diperalatkan oleh Indah

Dian P. Ramlee juga beraksi dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’

Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin.

Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.

Apa agaknya kesudahan kisah Indah dalam drama ini ya? Pastikan ada tidak melepaskan peluang untuk mononton drama ini setiap Isnin sehingga Khamis jam 7.00 malam!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×