berita

Izreen Azminda Selamat Bersalin Anak Lelaki

September 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Izreen Azminda berkongsi berita gembira telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, hari ini. Menerusi akaun Instagram Izreen, pelakon ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini juga telah memuat naik foto anak ketiganya itu.

Alhamdulillah!

Menurut Izreen, dia bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusannya untuk bersalin pagi tadi. Ujar Izreen, dia selamat melahirkan anak ketiganya itu pada pukul 9.06 pagi di sebuah hospital swasta di sekitar ibu kota.

Syukur alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby.

Terdahulu, Izreen pernah memaklumkan kepada rakan media bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean. Tambah Izreen, kedua-dua orang anaknya sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah yang sama.

Semoga dipemudahkan

Awal pagi tadi, suami kepada Izreen iaitu Ude Wahid turut memuat naik satu posting di Instagram Storynya. Menurut Ude, dia berharap urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan. Buat pengetahuan korang, Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Muhamad Adrian Umar.

Sumber: Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×