berita

Izreen Azminda Umum Sedang Hamil 4 Bulan. Tahniah!

April 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Izreen Azminda memberitahu kepada umum bahawa dia kini sedang hamil. Menurut Izreen, usia kandungannya itu sudah masuk empat bulan. Tahniah!

Journey pun bermula

Menurut Izreen, perjalanannya sebagai ibu yang sedang hamil kini bermula. Oleh itu, dia memohon doa yang baik-baik daripada semua orang. Pada tahun 2019, Izreen dan suaminya iaitu Ude Wahid telah menimang cahaya mata lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Izreen turut mempunyai anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar dengan bekas suaminya. Manakala, Ude turut mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Semoga dipermudahkan urusan

Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga lepas bersalin.

Bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga.

Semoga Izreen sihat dan kuat, yang penting jaga pemakanan.

Rata-rata netizen berdoa semoga urusan Izreen dipermudahkan oleh Allah dan bayi yang dilahirkan itu nanti berada dalam keadaan yang sihat dan comel.

Sumber: Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×