berita

Izzue Islam Kemudi Muzik Muzik 38

March 31st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Program hiburan yang membawakan lagu-lagu tempatan terbaik ke dalam carta, Muzik Muzik terbitan TV3 kini telah memasuki edisi ke-38!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Bertudung Tebal Muka ‘Offer’ Nak Jadi Isteri Kedua, Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Anak Dah Masuk Darjah 3’ – 9 Tahun Kahwin, Izzue Islam Tak Putus Doa Dikurnia Cahaya Mata

Wajah baharu

Muzik Muzik 38 kali ini bakal dikemudikan oleh selebriti serba boleh, Izzue Islam yang menjanjikan pengisian lebih menyeronokkan dengan setia memaparkan carta mingguan lagu terbaik di Malaysia menerusi undian peminat.

Izzue Islam sebelum ini pernah mengendalikan program hiburan TV3 seperti Melodi dan I Can See Your Voice 5 dilihat bakal memberikan impak yang lebih baik terhadap program ini.

Segmen lebih menarik!

Terbaharu untuk edisi Muzik Muzik 38 ini juga bakal memaparkan segmen khas untuk para peminat muzik tempatan melalui segmen Muzik Mania. Dalam segmen ini. Muzik Muzik 38 bakal menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang bakal berlangsung dalam negara.

Lebih menarik, penonton juga dapat merebut peluang untuk memenangi tiket ke acara-acara muzik yang dianjurkan melalui segmen tersebut.

Antara segmen lain yang tetap diteruskan adalah sesi temu bual bersama artis jemputan, pencalonan lagu baharu mingguan dan carta lagu mingguan yang diundi oleh peminat muzik.

Studio Muzik Muzik juga bakal dirancakkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu siulan ramai yang memasuki carta.

Bagi mendapatkan perkembangan tentang carta lagu terhangat di Malaysia jangan lupa untuk teruskan menonton Muzik Muzik 38 setiap hari Ahad, jam 12.00 tengahari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.my.

Undian lagu kegemaran anda ke Carta Top 20 juga boleh dibuat pada setiap hari Ahad, jam 12.00 tengahari hingga hari Khamis, jam 12.00 tengahari di https://www.xtra.com.my/muzikmuzik/.

SKIP THIS AD ×