
Pelakon, Jack Tan akan bergandingan bersama pelakon dan penyanyi, Nabila Razali menerusi sebuah siri mini drama bertajuk Senyuman yang bakal ditayangkan pada 7 Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Lebih Daripada Sekadar Kerja – Ia Tentang Masa Depan: 4 Kisah Inspirasi Graduan Akademi Vokasional McDonald’s
Drama bersiri dekat dengan rakyat

Ketika ditemui OhBulan!, Jack yang memainkan watak utama sebagai Ming berkata dia tertarik untuk menerima naskhah tersebut kerana jalan cerita yang jarang diberikan perhatian.
Ini bukan sekadar satu projek, tetapi kisah tentang sisi manusia yang jarang diberi perhatian.
Saya tertarik dengan kesunyian yang dilalui Ming sesuatu yang ramai orang alami.
Menghidupkan sisi rapuh watak itu bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya berusaha untuk menyampaikannya dengan sebaik mungkin.
Saya menghargai langkah McDonald’s Malaysia yang memilih untuk mengetengahkan kisah yang bermakna seperti ini kerana ia menunjukkan bahawa jenama ini benar-benar mementingkan hubungan emosi dengan pelanggan bukan sekadar menyajikan hidangan yang enak.
Sementara itu, Nabila yang teruja beraksi satu skrin bersama Jack berkata Senyuman membawa pendekatan yang lebih mudah diterima dan menyentuh perasaan.
Dalam siri ini, Nabila memainkan watak June iaitu seorang yang ceria membawa sinar dalam hidup Ming.
Watak saya menceriakan dunia Ming, dan saya memang seronok menjadi ‘sinar’ dalam hari-harinya yang suram dan bergurau di antara babak penggambaran!
Memang menyegarkan bila McDonald’s Malaysia memilih untuk mengetengahkan kisah yang melangkaui produk, sebaliknya menumpukan kepada emosi yang kita semua boleh rasa dan alami bersama.
Siri mini drama yang dibawakan oleh McDonald’s menampilkan jalan cerita dua bahasa yang mencerminkan cara unik jenama itu mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
Manakala, ketua pegawai pemasaran, McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, berkata mereka komited untuk mencipta detik indah yang menceriakan rakyat Malaysia.
Senyuman mencerminkan semangat feel-good kami yang mana ia adalah sebuah kisah yang menghangatkan jiwa, dekat di hati, dan penuh makna.
Pada masa yang sama, kami akan terus menjadikan pengalaman bersama McDonald’s Malaysia lebih mudah diakses melalui aplikasi kami, agar pelanggan dapat menikmati lebih banyak hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.
Nilai persahabatan

Sedikit mengenai siri mini drama tersebut, Ming merupakan seorang pemuda yang pendiam dan sukar didekati selain sudah lama tidak mengukirkan senyuman.
Rakan sekerjanya, June perlahan-lahan cuba mendekatinya dan mengajaknya makan malam di McDonald’s.
Di situlah, sepinggan kentang goreng menjadi titik mula kepada sebuah perhubungan yang perlahan-lahan mengubati kesepian dalam diri Ming.
Penonton juga boleh menantikan kemunculan istimewa Lim Jian Wen yang menambahkan lagi emosi dalam penceritaan ini.
Episod baharu akan disiarkan setiap hari di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube rasmi McDonald’s Malaysia.





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

