berita

Jaclyn Rampas Takhta Vokal Terbaik Hafiz

January 27th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Pemenang AJL Ke 28-11

Rasanya semua pembaca OHBULAN! sudah sedia maklum mengenai keputusan pemenang bagi Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) yang berlangsung semalam. Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor telah berjaya menyekat kemaraan Hafiz Suip untuk merangkul gelaran vokal terbaik buat kali ke-4 menerusi lagu ‘Ikut Rentakku’.

Artikel Berkaitan: Bahagiamu Deritaku Dinobat Juara Lagu Ke-28

Tidak menyangka akan menerima gelaran tersebut, bintang yang lahir daripada program realiti televisyen ini amat bersyukur dan merasakan titik peluhnya selama ini berbaloi.

Apa yang menarik, Jaclyn Victor telah menjemput 5 orang sahabatnya iaitu Adibah Noor, Salamiah Hassan, Atilia, Elvira Arul dan Dina Nazir untuk beraksi sama di atas pentas.

AJL Ke 28-126Jaclyn Victor persembah lagu ‘Ikut Rentakku’ bersama 5 orang sahabatnya

Nafi menggunakan mereka sebagai penyanyi latar, Jaclyn Victor ketika ditemubual di sidang media semalam memberitahu bahawa mereka berlima seharusnya berdiri sebaris dengannya ketika persembahan.

“Saya sebenarnya nak mereka berdiri sebaris dengan saya, ala-ala ‘dreamgirls’. Tapi mereka menolak dan suruh saya kehadapan sebab saya bertanding. Saya cukup berterima kasih pada mereka sebab sudi perform dengan saya.

Saya pilih mereka sebab mereka adalah sahabat saya yang saya sangat sanjung dan hormati. Personaliti mereka juga membayangkan yang mereka ini wanita yang kuat sama macam maksud lagu ini”

AJL Ke 28-118Jaclyn Victor berjaya merangkul anugerah vokal terbaik melalui persembahan mantapnya semalam

Jaclyn Victor yang lebih kerap membawa lagu berentak balada ini mengakui bahawa lagu ‘Ikut Rentakku’ ini sukar dibawa dan disebabkan itu dia tidak berani untuk menari seiring dengan muzik.

“Lagu itu susah sebenarnya walaupun ramai orang cakap yang sebaliknya. Saya dahla memang tak boleh menari dan saya jarang bawak lagu berentak rancak.

Jadi saya rasa kalau saya menari, mesti saya lupa lirik, pitching saya pun akan kelaut sebab otak akan fikir langkah tarian. So, saya buat apa yang saya mampu dan syukur sebab semua berjalan lancar.”

Mengakui bahawa lagu-lagu yang melangkah ke pusingan akhir AJL-28 adalah yang terbaik, Jaclyn Victor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak juri yang merasakan dirinya berhak untuk menyandang gelaran tersebut.

Bagaimanapun, Jaclyn Victor turut mengatakan bahawa agak sukar untuk mempertahankan kemenangannnya kelak memandangkan persaingan yang amat sengit.

Azmeer yang merupakan ketua juri bagi AJL-28 sempat mengulas bahawa gelaran vokal terbaik diberikan kepada Jaclyn Victor kerana kekuatan vokalnya yang masih terserlah walaupun bergandingan dengan 5 orang penyanyi yang lain.

SKIP THIS AD ×